12/2/10

Sifat – sifat terpuji

Posted by Nurul Izza Binti Abdul Rahim at 4:55 PM
Dalam Islam kita selalu dengar tentang sifat – sifat terpuji ataupun lebih dikenali dengan sifat – sifat mahmudah. Aku sebagai umat Islam sendiri amat amat dan amtlah bersyukur kerana dikurniakan nikmat seorang Islam dan walaupun aku tidak sesempurna mana seperti umat Islam ( yelah kadangkala tertinggal jugak solat 5 waktu nie) berasa bersyukur kerana sifat – sifat terpuji sangat dituntut di dalam Islam.
Sebenarnya banyak lagi ciri – ciri seorang Islam yg mulia ttp aku nk tekan kan kt sni.. Sifat – sifat yg dituntut di dalam Islam sebagaimana Imam Al Ghazali r.a. telah menggariskan 10 sifat Mahmudah (terpuji) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin:

1.      1.Taubat
iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.

Firman Allah S.W.T. yang bererti :
” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”.
(Surah Al – Muzammil - Ayat 20)
2.      Khauf (takut)
Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya
Firman Allah s.w.t. yang berarti : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )
3.      Zuhud
Dunia adalah sebagai tempat berbuat kebaikan dan amal soleh untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya. Nabi Muhammad penah menyatakan bhwa dunia sebenar dan alam akhirat hanya boleh dibezakan dgn jari sahaja. Alamak…maksudnya dekat jelah msa..kita semakin suntuk waktu tp kita buat2 xsedar dan teruskan juga buat dosa( termasuklah aku sndri)..mengingati akhirat amat dituntut dlm agama Islam yg mulai ini.

4.      Sabar
* Iaitu menahan diri dari keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
* Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
1. Menahan diri dari keluh kesah dan menahan diri dari mengadu kepada selain Allah
subhanahu wata‘ala ketika tertimpa musibah atau bencana.
2. Menahan diri dalam mengerjakan semua perintah Allah.
3. Menahan diri dalam meninggalkan semua larangan Allah.

5.      Syukur
iaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala. Bersyukur dan terima apa sja yg Allah kurniakan adalah sesuatu anugerah kpda sebgai umt Islam. Kalo bngsa lain yg boleh kita amik cntoh ade ke x dorang bersyukur??,,malah rakan2 seperjuanganku sndri yg  bkn satu agama dgnku  sering sja tdak puas hti dan merungut sesutu prkra dlm hdup mreka. Malah, ada juga yg ckp bsar pulak tu..Tapi xkurang hebatnya ada jugak umat Islam yg ckap besar dan ska meninggi diri dalam pergaulan kita seharian dgnnya!!…haisyhh..

6.      Ikhlas
Sifat ikhlas ialah memfokuskan niat dalam setiap ibadah atau kerja dilakukan semata-mata karena Allah subhanahu wa ta’ala dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau menginginkan pujian manusia. Ikhlas ialah sifat terpuji yg dtg nya dari dlm hati kita sebgai hamba Allah.. ikhlas atau tidak menentukan setiap niat kita dlm membuat sesuatu keptsan dan perlakuan serta tingkahlaku kita dalam kehidupan seharian..kalo xikhlas,,buat apa nk lakukan jugak sesuatu perkara itu?? Yer x??

7.      Tawakkal
iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah atas segala hal, yakin bahwa Allah adalah yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu. Berserah kepada Allah hendaklah disertai dengan ikhtiar yang sempurna. Setiap usaha yg dilakukan pasti akan membuahkan hasil walaupun dalam kadar yg tidak memuaskan hati kita. Namun, dalam sesuatu kes seperti apa yg telah mak aku ckap ‘kita dah buat bersama usaha yg tggi, cukuplah sekadar kita berserah (tawakkal) kpda yg maha Esa. Ada juga ayat yg memperjelaskan ttg sifat tawakal ini ..
"Cukuplah hanya Allah sahaja bagiku, tiada Tuhan melainkan Dia.  Hanya kepadaNya sahaja aku bertawakal.  Tuhan yang memiliki kerajaan dan singgahsana yang maha Agong."

8.      Mahabbah (kasih sayang)
Cintailah manusia dengan apa yang engkau cintai bagi dirimu sendiri, nescaya engkau menjadi manusia yang paling adil. Kasih syg mmg dituntut di dalam Islam. Bermakna, kasih syg sesama Allah dan RasulNya, ksh sayg  sesama para penddik, ibu bapa, sesama saudara Islam sendiri.
9.      Redha
Redha akan segala ketetapan Allah. Kita perlu sentiasa redha dan bersyukur apa yg ada.. ttp, janganlah anggap hdup kita berdasarkan atas tuah dan nasib bdan. Usaha mmg diperlukan sentiasa dalam menghadapi sesuatu cabaran dan masalah yg mendatang dalam setiap hari yg dilalui.
10.  Dzikrul Maut (mengingat mati)
aku sendiri pun takut akan kematian..bukan ape…tkot xsempat nk bertaubat… namun begitu tatkala kita mendengar kematian di kalangan saudara kita, aku sendiri berasa gerun dan takut akan kekuasaanNYA.

So, dalam kajian aku sndri,,aku amat jelas antara sifat terpuji yg diterangkan dan dituntut di dalam Islam..kita sebagai umat Islam yg terakhir dalam kalangan umat Nabi Muhammad perlu sentiasa amalkan kerana kita perlu tunjukkan pada bangsa agama lain apa itu erti maksud Islam dalam perlakuan..aku harap juga dalam masa – masa yg akan mendatang, aku dapat mengamalkan sifat-  sifat mahmudah ini.. yelah aku sendri x sempurna mcmner nk tnjuk kat owg lain.. harap2 pa yg telah digariskan oleh Imam Al Ghazali ini dapat aku jdkan panduan untuk msa depan..huhu..sekian saja coretan ringkas ku ini…






                                                      









4 comments:

Anonymous said...

Awesome informasi, banyak terima kasih kepada penulis artikel. Ini bisa dimengerti bagi saya sekarang, efektivitas dan pentingnya adalah pikiran-boggling. Terima kasih sekali lagi dan semoga berhasil!.

Nurul Izza Binti Abdul Rahim said...

tq..

Anonymous said...

Saya harus mengakui bahwa saya sepenuhnya setuju dengan Anda. ! Good blog! Jika Anda ingin mengubah rambut Anda, uji weblog saya, mungkin Anda akan menemukan beberapa konsep, terutama Menengah jenis rambut panjang untuk rambut tipis:)

Anonymous said...

IЎЇm senang bahwa saya telah melihat weblog ini . Terakhir apa bukan sampah , yang sangat sering kita menjalani . Situs web adalah penuh kasih dilayani dan disimpan sebanyak tanggal . Jadi harus , terima kasih untuk berbagi ini dengan kami .

 

Miss Daisy.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea